MISI
Kami warga pendidik daerah Pasir Puteh bersama jawatankuasa pengurusan dan sekolah-sekolah daerah Pasir Puteh dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan serta Kementerian Pelajaran Malaysia, sedia melaksanakan tugas sebagai agen perubahan yang kreatif, inovatif, berketrampilan serta prihatin dengan cara :
* Meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penilaian sekolah pada setiap masa.
* Meningkatkan disiplin dikalangan guru, staf sokongan dan pekerja.
* Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif, harmoni dan selamat.
* Meningkatkan kesedaran kesihatan, keceriaan, kebersihan, keindahan dan keselamatan sekolah.
* Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari semasa ke semasa.
* Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan sekolah dengan komuniti setempat.
* Meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.